Sunday, 28 September 2014
Sunday, 21 September 2014
AL-ADLI (ALLAH MAHA ADIL)
1. Allah SWT bersifat Al Adl yang bermaksud Maha Adil.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Adl:
(a) kejadian manusia yang memiliki tubuh badan yang sempurna serta akal fikiran yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil;
(b) Allah SWT memberi rezeki kepada seseorang berdasarkan usaha;
(c) Allah SWT menghisab semua amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia.
3. Ciri-ciri orang yang adil:
(a) menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik;
(b) membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih dahulu;
(c) memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat.
4. Kesan melaksanakan keadilan:
(a) mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam hidup;
(b) perpaduan dan semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam masyarakat;
(c) lahir pakar-pakar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kemahiran.
5. Akibat tidak berlaku adil:
(a) mendapat kemurkaan Allah SWT serta jauh daripada rahmat Nya;
(b) berlaku perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat;
(c) keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terhakis.
AL-ALIM (ALLAH MAHA MENGETAHUI)
1. Allah SWT bersifat Al Alim yang bermaksud Maham Mengetahui.
2. Perbezaan antara ilmu Allah SWT dengan ilmu manusia:
(a) Ilmu Allah SWT:
· ilmu Allah SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi;
· Allah SWT mengetahui perkara yang nyata dan perkara yang ghaib;
(b) ilmu manusia:
· ilmu manusia adalah terbatas, iaitu mereka mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka saja;
· manusia hanya mengetahui perkara yang nyata saja serta tidak mampu menjangkau perkara yang ghaib seperti alam barzakh.
3. Kesan beriman pada sifat Al Alim:
(a) melahirkan individu yang amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara;
(b) melahirkan ilmuan yang merendah diri kepada Allah SWT;
(c) melahirkan individu yang berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat.
4. Amalan yang bertentangan dengan sifat Al Alim:
(a) tidak berminat untuk belajar;
(b) bersifat sombong dan takbur apabila memiliki ilmu:
(c) memandang ringan terhadap dosa yang dilakukan;
(d) tidak suka memberi sumbangan ilmu yang dimiliki kepada orang lain.
AL-HAKIM (ALLAH MAHA BIJAKSANA)
1. Allah SWT bersifat Al Hakim yang bermaksud Allah SWT Maha Bijaksana.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Hakim:
(a) cap jari manusia yang berlainan antara individu dengan individu yang lain;
(b) kejadian tanam-tanaman yang beraneka jenis dan rasa;
(c) kejadian binatang yang pelbagai bentuk dan rupa.
3. Kesan beriman pada Al Hakim:
(a) bersyukur dengan kejadian Allah SWT yang sempurna;
(b) bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan;
(c) menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara.
4. Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan konsep Al Hakim:
(a) menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan;
(b) tidak berusaha untuk membuat perubahan kea rah kemajuan diri;
(c) banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha.
AL-RAHIM (ALLAH MAHA PENYAYANG)
1. Allah SWT bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Ar Rahim:
(a) Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia;
(b) Allah SWT menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya dapat beribadat dengan sempurna;
(c) Allah SWT memberi rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa.
3. Kesan beriman dengan sifat Ar Rahim:
(a) bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan takbir atas nikmat yang dikurniakan;
(b) menggunakan nikmat Allah SWT pada jalan kebaikan;
(c) mempertingkatkan ibadat dan amal kebajikan kepada Allah SWT.
4. Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim:
(a) bersifat bakhil kepada orang miskin;
(b) suka bergaduh dan bersifat bengis terhadap orang lain;
(c) menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.
5. Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:
(a) sifat Ar Rahman:
· untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam;
· untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.
(b) sifat Ar Rahim:
· khusus untuk orang yang beriman saja;
· untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan sebagainya.
AL-RAHMAN (ALLAH MAHA PEMURAH)
1. Allah SWT bersifat Ar Rahman yang bermaksud Allah SWT Maha Pemurah.
2. Bukti-bukti Allah SWT bersifat Ar Rahman:
(a) kurniaan rezeki yang melimpah ruah kepada semua makhluk;
(b) tubuh badan yang sihat dalam menjalani kehidupan.
3. Kesan beriman dengan Ar Rahman:
(a) lahir individu yang bersifat pemurah kepada orang lain;
(b) sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan Nya;
(c) sentiasa merendah diri walaupun memiliki kekayaan kerana yakin semuanya adalah kurniaan Allah SWT.
4. Perbezaan antara pemurah Allah SWT dengan pemurah manusia:
(a) sifat pemurah Allah SWT:
· tidak terbatas kerana kekayaan Allah SWT adalah mutlak;
· memberi sesuatu tanpa mendapat manfaat, tetapi untuk menguji keimanan manusia.
(b) sifat pemurah manusia:
· terbatas kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang mutlak;
· memberikan sesuatu untuk mendapatkan manfaat atau ganjaran.
5. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Ar Rahman:
(a) kedekut atau bakhil kepada orang miskin;
(b) bersifat kejam terhadap makhluk Allah SWT;
(c) percaya kekayaan adalah hasil usaha diri sendiri, bukannya daripada Allah SWT.
AL-WAHID (ALLAH MAHA ESA)
1. Allah SWT bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.
2. Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan (af’al).
3. Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT memerintah dan mentadbir alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.
4. Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk yang bersifat lemah.
5. Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk.
6. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:
(a) bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
(b) reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c) yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.
7. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap ibadat:
(a) melakukan perintah Allah SWT dengan ikhlas;
(b) melakukan pekerjaan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT.
8. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:
(a) sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b) sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.
9. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:
(a) melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b) melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c) melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
AL-ASMAUL HUSNA
Al Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah SWT yang indah.
2. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah.
3. Sebab-sebab wajib beriman dengan Al Asmaul Husna:
(a) meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b) mendekatkan diri kepada Allah SWT;
(c) memudahkan seseorang memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menyebut nama-nama Nya yang sesuai dengan permohonan.
4. Kesan beriman dengan Al Asmaul Husna:
(a) membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dalam kehidupan;
(b) insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri;
(c) lahir individu yang rajin, tekun dan beramal soleh.
BERIMAN KEPADA AL-ASMAUL HUSNA
1. Al Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah SWT yang indah.
2. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah.
3. Sebab-sebab wajib beriman dengan Al Asmaul Husna:
(a) meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b) mendekatkan diri kepada Allah SWT;
(c) memudahkan seseorang memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menyebut nama-nama Nya yang sesuai dengan permohonan.
4. Kesan beriman dengan Al Asmaul Husna:
(a) membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dalam kehidupan;
(b) insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri;
(c) lahir individu yang rajin, tekun dan beramal soleh.
11.1 – Al Wahid: Allah SWT Maha Esa
1. Allah SWT bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.
2. Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan (af’al).
3. Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT memerintah dan mentadbir alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.
4. Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk yang bersifat lemah.
5. Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk.
6. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:
(a) bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
(b) reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c) yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.
7. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap ibadat:
(a) melakukan perintah Allah SWT dengan ikhlas;
(b) melakukan pekerjaan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT.
8. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:
(a) sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b) sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.
9. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:
(a) melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b) melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c) melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل سلامى من الناس عليه صدقة كل يوم تطلع فيه الشمس تعدل بين الاثنين صدقة وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعه صدقة والكلمة الطيبة صدقة وبكل خطوة تمشيها الى الصلاة صدقة وتميط الأذى عن الطريق صدقة. رواه البخاري ومسـلم.
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
1. Sedekah ialah memberi sesuatu yang bernilai kepada seseorang.
2. Antara amalan sedekah yang terdapat dalam hadis:
(a) melakukan keadilan antara dua orang yang berselisih faham;
(b) membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang untuknya;
(c) mengucapkan perkataan yang baik;
(d) membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan seperti membuang duri atau ranting kayu yang menghalang perjalanan.
3. Adab-adab bersedekah:
(a) memberikan sesuatu dengan ikhlas, iaitu tanpa mengharapkan balasan;
(b) sesuatu barang yang disedekahkan itu adalah dari sumber yang halal;
(c) tidak mengungkit sedekah yang diberikan kepada seseorang.
4. Kesan amalan sedekah kepada pemberi sedekah:
(a) menjadi seorang yang pemurah;
(b) membersihkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil.
5. Kesan amalan sedekah kepada penerima sedekah:
(a) dapat menikmati nikmat pemberian Allah SWT;
(b) memberi semangat untuk mempertingkatkan taraf hidup;
(c) memberi motivasi untuk berdikari dan berusaha mempertingkatkan taraf hidup.
6. Hikmat sedekah terhadap individu:
(a) mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT;
(b) dihormati dan dikasihi oleh manusia;
(c) jasanya akan dikenang.
7. Hikmat sedekah terhadap masyarakat:
(a) melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang;
(b) meringankan beban masyarakat yang ditimpa musibah seperti mangsa banjir.
8. Pengajaran hadis:
(a) sedekah merupakan ibadat yang digalakkan dalam Islam;
(b) setiap amalan yang memberi manfaat kepada orang lain dikira sebagai sedekah jika dilakukan dengan ikhlas.
MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
عن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه قا ل : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه وذلك اضعف الايمان. رواه مسلم .
Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.
1. Kemungkaran bermaksud setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan kepada Allah SWT, manusia atau alam sekitar.
2. Cara-cara mencegah kemungkaran berdasarkan hadis di atas ialah:
(a) mencegah dengan tangan, iaitu mengubah dengan bidang kuasa yang ada seperti bapa bertanggungjawab terhadap anaknya;
(b) mencegah dengan lidah, iaitu sekiranya seseorang itu tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangannya, maka dia hendaklah mencegah dengan lisan, iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan;
(c) mengubah dengan hati, iaitu membenci kemungkaran yang berlaku. Cara ini merupakan selemah-lemah iman.
3. Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul:
(a) dakwah Islam tidak akan berjaya;
(b) maruah umat Islam akan tercemar.
4. Hikmat mencegah kemungkaran:
(a) melahirkan individu yang berakhlak cemerlang dalam kehidupan;
(b) melahirkan masyarakat yang bersatu padu prihatin dan bertanggungjawab.
5. Pengajaran hadis:
(a) mencegah kemungkaran adalah kewajipan setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing;
(b) mencegah kemungkaran akan menjamin kehidupan yang sejahtera.
Subscribe to:
Posts (Atom)